Kisah AdiQ

Assalamualaikum..

Baru-baru ini sepupu saya, Asmahan (yang memperkenalkan makanan tambahan yang diformulasikan Adi Putra) berkongsi kegembiraannya bersama saya. Aiman yang menjadi pengguna setia AdiQ telah berjaya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR. Kata Aiman, sejak menggunakan AdiQ, pelajaran lebih mudah difahami dan menjadi lebih fokus serta rajin belajar. Alhamdulillah… Harap Aiman lebih sukses dalam pelajaran dan hidupnya, begitu juga kepada semua anak-anak yang baru sahaja menduduki UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Sebenarnya ramailah juga yang tanya saya, boleh percaya ke produk yang diformulasikan Adi Putra ini. Ada juga yang kata, “Ramai aje yang dapat 5A tak makan pun AdiQ..Semuanya usaha dan kepintaran”.Saya tak nafikan usaha adalah segala-galanya. Kalau makan AdiQ berkotak-kotak pun, tak nak baca buku memanglah tak berkesan. Tapi cuba kita fikirkan kejap, kita rajin baca buku. Cuma, bila membaca asyik teringat benda lain. Ada juga yang sikapnya, tengah baca buku tiba-tiba dengar lagu best, terus fikirannya melayang sampai apa yang dibaca terkeluar balik daripada mindanya. Ada pula yang memang boleh jawab soalan dan pandai tapi sebenarnya atas paksaan hingga terkeluar dari batasan kemampuan sampai letih dan kemahiran akan hanya tertumpu dalam akademik tanpa ada keseimbangan dalam bidang lain yang mampu menjadikan seseorang itu unggul dalam sesuatu bidang. Jadi, bagaimana cara untuk mengubatinya? Doa..Doa..Doa.. Sebenarnya itu yang paling mujarab, diikuti usaha. Pertama sekali usaha untuk berubah. Seterusnya tidak salah jika kita mencuba sesuatu yang mungkin dapat membantu kita dalam usaha untuk berubah. Jadi, kalau makanan tambahan yang diformulasikan Adi Putra ini sudah dikatakan berkesan, tidak salah untuk mencuba. Cuma terpulang kepada individu itu sendiri untuk mencuba atau tidak. Memang ramai yang dapat 5A tak makan pun makanan tambahan AdiQ. Tapi ini cerita tentang orang-orang yang tidak fokus, letih belajar, migrain dan pelbagai lagi yang mengaku berubah bila mencuba..(hehehe).. Jadi, tepuk dada tanyalah selera..

Tentang Aiman dan adik-adiknya pula. Bila orang datang rumah, merekalah yang sibuk mempromosi makanan tambahan AdiQ ini. lawak pun ada juga tengok anak-anak kecil ini beriya-iya promote AdiQ. Semoga Adi Putra dan anak-anak ini terus berjaya dalam hidup..Amin..(hehe..anak saya pun yang dulu kutuk-kutuk Adi Putra dah suka Adi..Tu lah..)

Vitamin Minda Adi-Q: Cubalah….

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang sudi singgah ke blog saya ini. Sayaingin berkongsi satu cerita yang sangat menarik perhatian saya. Memandangkantahun 2008 akan berakhir, maka saya sifatkan cerita ini antara yang menarikdalam diari tahun 2008 saya. Saya mulakan dulu dengan cerita Adi Putra, kanak-kanak genius yang kini dibanggakan Malaysia. Apabila media hangat menyiarkan berita Adi menjadi pelajar di Universiti Industri Selangor (UNISEL) dalam bidang matematik, iaitu bidang yang mengangkatnya sehingga digelar kanak-kanak genius, rakyat Malaysia bangkit memberi pandangan positif dan negatif. Ada juga yang mempertikaikan kepintaran Adi, begitu juga saya yang turut sama berfikir wujudkah kesebatian dalam diri Adi terhadap mata pelajaran lain sekiranya hanya subjek Matematik yang diberi perhatian daripada pelbagai pihak untuk dirinya. Maklumlah, kita ini manusia yang suka sangat nak fikir pasal orang sedangkan pasal diri sendiri pun tak diambil kira (hehehe cemburu orang lain pandai nampakkk..), tapi sebenarnya berfikir untuk orang tu perlu untuk memberi pandangan. Cuma kalau banyak sangat pandangan sebenarnya, lagi banya cont dari pro (hehehe)..

Dalam waktu rakyat Malaysia ni tengah heboh-heboh lagi perihal Adi Putra, saya pula tertarik dengan satu kisah benar tentang Adi Putra. Kisahnya begini (jeng3..). Suatu hari saya pergi ke rumah bapa saudara saya bersama anak perempuan saya. Nak dijadikan cerita, anak perempuan saya ni kalau dengar cerita tentang Adi Putra je, hatinya terbakar. Katanya, “Adi ni kecil lagi, mana boleh masuk Universiti”. Kemudian, sampai-sampai saja di rumah bapa saudara, sepupu saya, Asmahan bercerita  kepada saya kisah anak keduanya Aiman. Sekarang Aiman dalam Darjah 6 dan akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Sejak dari Darjah 1 hingga Darjah 5, Aiman belajar dalam kelas paling belakang [ikut gred kelas] dan akan mendapat nombor antara enam orang yang paling terkebelakang.

Suatu hari, Aiman mengajak emaknya [sepupu saya ini], ke Sekolah Menengah Kebangsaan SeriBalik Pulau, Pulau Pinang kerana Adi Putra [8 tahun], kanak-kanak pintarMalaysia akan datang ke sekolah tersebut yang telah dipilihnya untuk dijadikan sekolahangkat pertamanya bagi mengembangkan formula matematik ciptaannya. Asmahan pergibersama anaknya itu dan di situ dia menyaksikan sendiri kehebatan dan kepintaranAdi Putra. Di situ juga dia melihat di sebuah meja, ada orang menjual makanantambahan formula Adi Putra sendiri. Harganya RM36.00 ringgit untuk satu kotakberisi dua botol makanan tambahan tersebut [dalam bentuk pil sebenarnya].Satu botol untuk otak kanan [HOKA] dan satu botol untuk otak kiri [HOKI]. Lihatgambar kotak makanan tambahan ini di bawah.

Dipendekkan cerita, Asmahan tidak membawa wang ketika itu kerana dia ke tempat itu hanya bertujuan menghantar Aiman yang teringin sangat hendak menyaksikan keupayaan luar biasa Adi Putra. Namun, dia terpengaruh juga dengan makanan tambahan yang diperagakan itu [kerana Adi Putra pandai sangat], lantas mengambil  nombor telefon sipenjualnya.

Sebulan kemudian,anak sulungnya yang cemerlang dalam pelajaran dan sedang belajar dalam Tingkatan3 di sebuah sekolah berasrama penuh di Putrajaya pulang. Anak sulungnyaini sering mengadu letih sebab kelas tambahan yang dianjurkan oleh sekolahnyaterlalu padat kerana dia bakal menduduki peperiksaan PMR. Dia minta emaknyamembelikan apa-apasupplementuntuk otaknya. Mungkin sebab kasih akananaknya yang pintar ini, Asmahan teringat akan nombor telefon sipenjual makanantambahan yang diformulasikan oleh Adi Putra itu.

Dipendekkan cerita,Asmahan pun membeli makanan tambahan tersebut. Selepas sebulan memberianak-anaknya [5 orang] makan, Aiman yang dulunya ketinggalan dalam pelajaran,menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan dan meraih keputusan yang mengejutkanguru-gurunya. Dia kini antara lima pelajar terbaik Darjah 6 disekolahnya. Adiknya pula yang baru berusia 5 tahun, sudah bolehmembaca dan menghafal sifir.

Justeru mendengar cerita Asmahan dan mengujikebolehan anak-anaknya itu sedikit-sebanyak, saya membelilah sekotak makanantambahan tersebut untuk anak saya [orang dewasa pun boleh makan - hehehe sambilanak saya buat signal tak puas hati] yang selalu migrain. Sepanjang perjalananpulang, letih jugalah dengar anak saya mengomel kerana katanya pandai itubergantung kepada kerajinan, dan migrain itu boleh diubati dengan ubat doktor.Saya diamkan saja dan menyuruh anak saya mencuba. Alhamdulillah, migrainnyacepat pulih dan kini jarang-jarang menyerang. Saya juga mencubanya untuk mengujikebenaran cerita Asmahan. Saya rasa lebih fokus. Mungkin inilah sebabnyakanak-kanak itu menjadi lebih baik prestasi akademiknya. Kalau nak tahu lebihlanjut tentang makanan tambahan ini, bolehlah layari sendiri laman web AdiPutra,http://adigenius.com/. Banyak maklumat lanjut yangboleh dibaca daripada laman web ini.

Kalau mahu membeli makanan tambahan ini, sebab harganya berpatutan dan boleh dicuba / diuji dahulu kebenarannya, bolehlah pesan dari saya sebab Asmahan meninggalkan banyak juga makanan tambahan ini di tempat saya. Asmahan kini menjadi dealernya kerana yakin dengan makanan tambahan formulasi Adi Putra ini yang  telah mengubah pencapaian akademik anak-anaknya [atas izin Allah jua], dan kerana mahu membelinya dengan harga yang lebih murah.

Saya bukan penjualatau pengiklan. Akan tetapi sekadar mahu berkongsi kebaikan daripada cerita inidengan kawan-kawan yang mungkin mahu mencubanya pula untuk diri sendiri, atauuntuk anak masing-masing. Insyaallah, tiada ruginya mencuba. Saya catatkan semuanama dan kisah benar mereka, kerana Asmahan bersedia untuk menceritakanpengalamannya bersama-sama dengan Adi Putra sendiri, jika dijemput.

         

Salam.

 

Dr. Rahimah Haji A. Hamid

Emel: drrahimah@yahoo.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

This website uses a Hackadelic PlugIn, Hackadelic Codification 0.4.