Gunakan tandas dengan betul

bahaya-di-toilet

Sekadar Menyapa…

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Di blog ini ada saya titipkan beberapa lagu di ruangan HALWA TELINGA – PEMBAKAR SEMANGAT, PENENANG JIWA agar sesiapa yang singgah dapat berehat sebentar mendengar lagu-lagu yang sebenarnya jika dihayati liriknya sangat mendalam, membantu MEMBAKAR SEMANGAT dalam mengisi kekosongan hidup. Ada juga liriknya berunsur jenaka, kerana itulah saya katakan sebagai PENENANG JIWA… Selamat mendengar..

HALWA TELINGA – PEMBAKAR SEMANGAT, PENENANG JIWA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terima kasih  kerana berkunjung ke blog ini. Membaca blog terasa sunyi sepi jika tiada sebarang muzik latar yang mengiringi bacaan. Jadi saya titipkan beberapa buah lagu yang  indah iramanya untuk didengar, juga untuk dihayati larik-larik diksinya yang bagus dan bererti.  Iramanya mungkin tidak  mengikut rentak muzik kegemaran remaja atau muda-mudi zaman ini. Akan  tetapi jika diteliti, diksinya membawa erti yang sangat mendalam dan boleh menjadi PEMBAKAR SEMANGAT dalam  kehidupan. Ada juga lagu yang berunsur jenaka, yang boleh MENENANGKAN JIWA tatkala terlalu penat bekerja atau menelaah pelajaran.  Untuk  para pelajar, saya titipkan lagu yang hangat disiarkan di corong  radio sekarang,  iaitu BAWAKU TERBANG. Lain-lain, klik sahajalah pada lagu-lagu pilihan anda:

 14-standing-in-the-eyes-of-the-world  gemuruh___faizal_tahir2  hijjaz-malam  in-team-solla-alaikallah  jac-wajah  raihan-itiqaf  raihan-sesungguhnya  sudirman-patah-hati  sudirman-salam-terakhir  the-fabulous-cats-bawa-ku-terbang  kisah-rumah-tangga  01-rama-rama  adibah_noor_-_terlalu_istimewa  aishah-syurga-di-telapak-kaki-ibu  arisariwatan-permaidani  ramli_sarip-doa_buat_kekasih  sri-bulan 

Kisah AdiQ

Assalamualaikum..

Baru-baru ini sepupu saya, Asmahan (yang memperkenalkan makanan tambahan yang diformulasikan Adi Putra) berkongsi kegembiraannya bersama saya. Aiman yang menjadi pengguna setia AdiQ telah berjaya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR. Kata Aiman, sejak menggunakan AdiQ, pelajaran lebih mudah difahami dan menjadi lebih fokus serta rajin belajar. Alhamdulillah… Harap Aiman lebih sukses dalam pelajaran dan hidupnya, begitu juga kepada semua anak-anak yang baru sahaja menduduki UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Sebenarnya ramailah juga yang tanya saya, boleh percaya ke produk yang diformulasikan Adi Putra ini. Ada juga yang kata, “Ramai aje yang dapat 5A tak makan pun AdiQ..Semuanya usaha dan kepintaran”.Saya tak nafikan usaha adalah segala-galanya. Kalau makan AdiQ berkotak-kotak pun, tak nak baca buku memanglah tak berkesan. Tapi cuba kita fikirkan kejap, kita rajin baca buku. Cuma, bila membaca asyik teringat benda lain. Ada juga yang sikapnya, tengah baca buku tiba-tiba dengar lagu best, terus fikirannya melayang sampai apa yang dibaca terkeluar balik daripada mindanya. Ada pula yang memang boleh jawab soalan dan pandai tapi sebenarnya atas paksaan hingga terkeluar dari batasan kemampuan sampai letih dan kemahiran akan hanya tertumpu dalam akademik tanpa ada keseimbangan dalam bidang lain yang mampu menjadikan seseorang itu unggul dalam sesuatu bidang. Jadi, bagaimana cara untuk mengubatinya? Doa..Doa..Doa.. Sebenarnya itu yang paling mujarab, diikuti usaha. Pertama sekali usaha untuk berubah. Seterusnya tidak salah jika kita mencuba sesuatu yang mungkin dapat membantu kita dalam usaha untuk berubah. Jadi, kalau makanan tambahan yang diformulasikan Adi Putra ini sudah dikatakan berkesan, tidak salah untuk mencuba. Cuma terpulang kepada individu itu sendiri untuk mencuba atau tidak. Memang ramai yang dapat 5A tak makan pun makanan tambahan AdiQ. Tapi ini cerita tentang orang-orang yang tidak fokus, letih belajar, migrain dan pelbagai lagi yang mengaku berubah bila mencuba..(hehehe).. Jadi, tepuk dada tanyalah selera..

Tentang Aiman dan adik-adiknya pula. Bila orang datang rumah, merekalah yang sibuk mempromosi makanan tambahan AdiQ ini. lawak pun ada juga tengok anak-anak kecil ini beriya-iya promote AdiQ. Semoga Adi Putra dan anak-anak ini terus berjaya dalam hidup..Amin..(hehe..anak saya pun yang dulu kutuk-kutuk Adi Putra dah suka Adi..Tu lah..)