Bunga Musim Panas di Frankfurt

Apabila bunga ini dipegang, ternyata kelopaknya keras seperti bunga kering. Di Malaysia, bunga ini selalu dijual sebagai bunga kering di tanah tinggi pergunungan seperti di Cameron Highlands.

Bunga ini selalu lihat dijual di Cameron Highlands dan Fraser Hill

 

Rupa-rupanya kelopak bunga ini keras ketika masih segar, sama seperti keadaannya ketika dijual kering di Cameron Highlands.

 

Lantaran sekarang musim panas dan berhujan, maka pada pangkal pokok-pokok besar boleh ditemui kulat.

 

Bunga ini boleh didapati di merata tempat, dengan pelbagai warna seperti kuning, merah, merah jambu dan ungu.

 

Bunga ungu ini sungguh cantik. Kelopaknya seperti kupu-kupu kecil.

 

Bunga merah ini juga ada di Malaysia kan? Di Johann Wolfgang Goethe Universitat, bunga ini turut ditanam di ruang terbuka (tidak berbumbung) tempat ramai orang lepak-lepak sambil membakar kulit mereka ketikan matahari memancar dengan teriknya.

 

Bunga oren ini dari spesis bunga Tahi Ayam. Di Malaysia juga banyak ditanam di Kota Metropolis Kuala Lumpur.

 

Sama seperti bunga kuning sebelumnya, ini adalah spesis yang berwarna merah jambu.

 

Spesis bunga ini juga wujud di Malaysia. Malangnya, tidak diketahui namanya.

 

Bunga ini keluar dari pokok renek jenis rumput yang tumbuh meliar dengan banyaknya di celah-celah batuan, tar, ataupun bahu jalan. Sungguh menarik! Subhanallah!

 

Bunga ini jelas dari spesis Bunga Tahi Ayam, namun tidak berbau busuk.

 

Bunga putih ini berbatang panjang dan sungguh cantik.

 

Bunga ini juga tumbuh liar, tanpa ditanam. Warna dan bentuknya cukup menawan.

 

Ini bunga Tiga Bulan. Dalam masa 3 bulan, bunga ini akan bertukar-tukar warna. Bunga ini ditanam oleh kebanyakan penduduk sebab cantik dan tahan lama.

 

Rumpunan pokok Bunga Tiga Bulan.

 

Putih: sejenis spesis Bunga Tiga Bulan. Merah jambu: Bunga Mawar kecil.

 

Bunga mawar kuning yang sederhana saiznya. Pokoknya berbunga sungguh banyak.

 

Pokok ini setinggi pokok senduduk dengan bunga putih sepanjang batangnya. Cantik!

 

Bunga mawar merah jambu.

 

Read more

Tentang Merdeka dan Peristiwa Ditahan Polis Germany

Pejabat Konsulat Malaysia

Bangunan Kastor, Frankfurt

Hari ini, 30 Ogos 2010. Esok ulang tahun kemerdekaan Malaysia dari kuasa penjajahan bagi kali ke 53. Wah, hati berkobar-kobar ingin mengibarkan jalur gemilang sambil meneriakkan merdeka selepas menyanyikan lagu “Negaraku” beramai-ramai.

Lantas, saya segera pergi ke bilik Profesor Ardnt dan Dr. Holger Warnk, menyatakan hasrat mahu ke Konsulat Malaysia, tapi tidak tahu di mana tempatnya. Cuma alamatnya saya telah  cari dalam internet, iaitu di Level 18, Kastor, Platz der Einheit 1, Frankfrut am Maim, 60327. 

Nama jalan di mana letaknya Pejabat Konsul Malaysia di Frankfurt

Dr. Holfer dengan senang hati mahu menghantar, cuma saya harus memilih untuk berjalan kaki ataupun menaiki Urban (train bawah tanah). Kalau berjalan kaki pun  katanya, tidak jauh kerana dari Johann Wolfgang Universität cuma jaraknya satu stesyen Urban (lebih kurang dari USM ke Bukit Jambul). Saya memilih untuk berjalan kaki dalam cuaca sejuk 15°C kerana banyak benda boleh dilihat di atas muka bumi ini berbanding dengan dinding-dinding batu dan landasan kereta api di bawah tanah itu.

Kami berjalan laju, melawan angin dan cuaca dingin sambil saya diterangkan olehnya tentang rancangan pengajian di bahagian kami dan tentang konvensyen buku terbesar dunia di Kota Frankfurt. Tidak lama kemudian terlihat kibaran bendera Malaysia bersama puluhan bendera lain di hadapan sebuah gedung festival yang besar. 

Bendera Malaysia berkibar megah bersama-sama bendera negara lain berhampiran Penjabat Konsulat Malaysia, Frankfurt

Hati berasa amat bangga menjadi anak Malaysia apabila melihat kibaran bendera sebuah negara yang esok akan menyambut ulang tahunnya yang ke-53. Kami kemudiannya sampai ke bangunan  yang bernama Kastor itu dan selepas menunjukkan laluan masuk, Dr. Holger bermohon diri untuk pulang kembali ke kampus.

Saya dengan semangat berkobar-kobar terus menaiki lift ke tingkat 18. Biasalah bangunan konsulat di mana-mana pun, pintunya dikawal rapi oleh kekunci elektronik. Saya menekan loceng dan disambut oleh seorang wanita Eropah. Kecewa saya kerana penyambut tetamunya seorang wanita Eropah, dan bukannya orang Malaysia, sedangkan itu Konsulat Malaysia.  Saya justeru hairan, mengapa di Konsulat Jeneral Indonesia yang menyambut saya adalah orang Indonesia sendiri. Kalau adapun orang asing, mereka fasih berbahasa Indonesia. Ah, biarlah. Inilah masalahnya pada saya kerana kajian saya adalah tentang pascakolonial. Dalam situasi sepeti itu, saya berasa masih terjajah sedangkan esok, Malaysia bakal merayakan ulang tahun yang ke-53. Maknanya sudah melebihi setengah abad!

Saya seterusnya bertanya gadis Eropah yang cantik itu  tentang sambutan kemerdekaan dan sambutan hari raya pada 10 November kelak. Dia kata tidak tahu, tetapi dia menghantar saya kepada Encik Marzuki, Pemangku Konsulat Jeneral di Frankfrut. Konsulat Jeneral khabarnya baru berpindah ke kota New York. Apabila kami berbicara, khabar duka saya terima kerana “tiada perayaan ulang tahun kemerdekaan” pada tahun ini sebab tiada peruntukan. Aduh.. semangat yang tadinya berkobar-kobar gugur semuanya seperti kelopak mawar yang gugur ditiup angin kencang! Namun, nasib baik lah sambutan hari raya akan diadakan. Tidaklah sunyi sangat saya nanti  dan terasa terlonta-lonta di parantauan ini. Saya dipelawa oleh Encik Marzuki untuk solat hari raya di konsulat. Saya kemudiannya meninggalkan Konsulat Jeneral Malaysia dengan perasaan separuh hampa, separuh gembira. Saya hampa kerana telah melihat bagaimana rakyat Indonesia menyambut ulang tahun kemerdekaan mereka dengan sungguh bersemangat pada 17 Ogos yang lalu. Dalam hujan renyai, suhu yang dingin dan  dalam keadaan berpuasa sebahagiannya, mereka bernyanyi lagu “Indonesia Raya” dengan begitu bersemangat.

Saya pulang semula ke kampus dengan berjalan juga kerana berhasrat untuk mengambil beberapa gambar pemandangan yang cantik yang saya lihat ketika datang tadi.

Arca bergerak berhampiran Pejabat Konsulat Malaysia

Ketika melewati Bangunan Fakulti Matematik (kampus universiti ini besar dan tidak berpagar), saya ditahan oleh seorang lelaki.

Fakulti Matematik Johann Wolfgang Universitat

Dari wajahnya ternyata dia bukan warga Jerman. Dia mengunjukkan telefon bimbitnya dan menyuruh saya pegang sambil berbicara dalam bahasa Jerman. Saya tidak mahu dan berulang kali menuturkan “Sorry, I can’t understand. I can’t speak Germany”. Tiba-tiba lelaki itu bertutur di dalam bahasa Inggeris. Dia minta saya tolong  mengambil gambarnya dengan berlatarbelakangkan bangunan Fakulti Matematik untuk dibuat kenang-kenangan. Katanya dia pelancong dari Bangladesh. Saya sempat berfikir..oh, patutlah dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris!.

Dia menunjukkan lokasi di mana dia mahu dipotretkan. Agak terlindung tempatnya kerana ada pokok Walnut dan sebuah van pengangkut barang kitar semula. Dia mengarahkan saya berundur beberapa kali hingga tubuh saya semakin masuk ke kawasan berpokok. Matanya meliar memandang ke kiri dan ke kanan. Hati saya suci bersih dan langsung tidak terfikir yang buruk-buruk ketika itu. Baru sahaja saya hendak menekan punat telefon bimbit orang Bangladesh itu, tiba-tiba saya disergah: “I’m police. Show me your pasport!”.

Muka saya mungkin pucat sebab terkejut disergah, dan yang menyergah itu seorang polis tanpa unifom. Betulkah polis?. Akan tetapi saya lihat, orang Bangla itu terketar-ketar. Polis itu faham agaknya saya terkejut, lalu dia mengeluarkan kad kuasanya. Jelas dia seorang detektif! Mula-mula orang Bangla itu yang kena soal, diminta paspotnya dan diselongkar beg duitnya. Kemudian saya pula. Kebetulan saya membawa beg galas kuning yang dibeli sewaktu melawat Cambodia bersama-sama pelajar Desasiswa Restu dan Tekun dahulu. Polis itu bilang duit saya yang cuma beberapa € saja itu. Duit lelaki Bangla itu ternyata ratusan €. Kemudian dia menyuruh lelaki itu pergi.

Polis itu bertanya saya dari mana dan mahu ke mana. Saya ceritakan bahawa saya dari konsulat dan mahu pulang ke kampus. Dia tanya saya bila tiba di Frankfurt, untuk apa, dan tinggal di mana. Saya jelaskan kepadanya satu persatu. Dia nasihati saya supaya awas dan jaga diri saya baik-baik sebab selalu terjadi kes orang dari negara-negara “TERTENTU” (saya warnakan, tulis dalam huruf besar dan masukkan pengikat kata untuk menunjukkan maksud polis itu) yang buat macam yang saya kena tadi dengan tujuan untuk menyamun. Kerana itulah dia periksa beg duit saya dan minta paspot saya sebab dia  bimbang saya telah disamun. Kemudian, dia menghulurkan tangannya dan mengharapkan saya gembira di Frankfurt.

Saya berjalan pulang dengan hati yang lega kerana terselamat dari bencana. Sesungguhnya Allah melindungi orang yang berpuasa! Syukur, alhamdulillah!

 

Peristiwa Cari Asian Market – 21 Ogos 2010

Hari ini, Sabtu, 21 Ogos, dah 11 hari kita berpuasa.Johann Wolfgang Universitat buka dari jam 7.00 pagi hingga jam 1.00 sahaja. Letih menulis esei, hampir sepagi menatap facebook Zaadah, Zue Nomey, Firdaus, Mohd. Khairul Anuar dan kongsi banyak video mereka. Kelakar ada, sedih pun ada. Apa nak buat lagi??? Ah, belajar pergi bandarlah, cari Asian Market. Read more

e-Kamus 5.02 [Profesional Edition]

PPSL_0002Kebelakangan ini, sedih betul apabila membaca tugasan pelajar. Banyak sangat kesalahan ejaan yang dilakukan. Itu belum lagi kesalahan binaan ayat. Kita jadi seperti ini sebab apabila kita lahir, bahasa ini sudah pun hidup dalam lingkungan kehidupan kita. Justeru kita kurang kesedaran untuk menyintai dan memartabatkannya. Lantaran itu, bukan sesuatu yang pelik apabila kita mendapat surat rasmi yang salah tatabahasanya atau kertas kerja yang tunggang-langgang ayatnya, selain daripada kesalahan ejaan yang wujud di sana-sini. Read more

MyCSD

Apa itu MyCSD?

Secara mudahnya, MyCSD adalah cangred kedua untuk setiap pelajar  ambilan baru Universiti APEX Sidang Akademik 2009/2010.  Cangred ini akan merekodkan setiap aktiviti siswa/i dari aspek pembangunan sahsiah, bermula dengan program PIMPIN SISWA dan kemudiannya diikuti dengan aktiviti-aktiviti ‘soft-skill’ dan ko-kurikulum yang lain.  ’CSD’ bermaksud ‘Continueous Student Development’  [Pembangunan Pelajar Berterusan].  Dengan wujudnya MyCSD, segala maklumat aktiviti siswa/i akan direkodkan secara terperinci. Oleh yang demikian, siswa/i  akan mempunyai data pembangunan sahsiah yang lengkap, bukan sahaja untuk digunakan ketika memohon pekerjaan setelah tamat belajar nanti, tetapi juga untuk mendapat tempat di desasiswa sepanjang mereka masih dalam tempoh pengajian lagi.

dscf1274

                 Gambar 1:  Antara penggubal modul MyCSD di Lumut, Perak sebelum Bengkel MyCSD bermula.

 Bengkel MyCSD untuk para penggubal modul telah diadakan berkali-kali di Pulau Pinang, sebelum dimantapkan kemudiannya dengan jumlah ahli yang lebih ramai lagi pada 20-22 Mei 2009 di Swiss-Garden  Golf  Resort and Spa di Damai Laut, Lumut, Perak Darul Ridzuan. 

dscf1284

 Gambar 2: Backdrop Bengkel Pemantapan MyCSD

Bengkel yang dilaksanakan di Damai Laut ini memang kena pada tempatnya memandangkan tugas berat yang dipikul ini perlu dilakukan dengan teliti dan dengan pemikiran yang mendalam. Keindahan alam yang menakjubkan, sesuai dengan namanya “Damai Laut” membolehkan para penggubal memperoleh kedamaian dan  ketenangan fikiran untuk melaksanakan misi dan visi universiti ini.

dscf1292

Gambar 3: Keindahan panorama alam di Swiss-Garden, Damai Laut.

 

 

PIMPIN SISWA

Apa Itu PIMPIN SISWA?

MASUKAN MAKLUMAT: DALAM PROGRES 

 

dscf12471

 Gambar 1: Para Penggubal Modul PIMPIN SISWA

 

 

 

 

 

 

 

dscf12991

 Gambar 2: TOT PIMPIN SISWA kepada para pemimpin pelajar di Kem Cinta Alam Kelimat, Sungai Siput, Perak pada 22-24 May 2009. 

 

 

 

 

 

 

 dscf13121

 Gambar 3: Tarian Burung Helang untuk sesi perkenalan

 

 

 

 

 

 

 

dscf13211

 Gambar 4: Denda bagi peserta yang melakukan kesalahan kerana gagal mendengar arahan fasilitator dengan baik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

dscf1333

 Gambar 5: Aktiviti Survival – Pelajar diberi bekalan bahan mentah yang terhad dan diminta menyediakan makanan tengah hari sendiri

 

 

 

 

 

 

 

dscf1336

 Gambar 6: Hasil masakan peserta yang enak dan menyelerakan 

 

 

 

 

 

 

 

 

dscf1347

 Gambar 7: Fasilitator merasa makanan yang disediakan peserta dan memberi markah

 

 

 

 

 

 

 

dscf1354

  Gambar 8: Perbarisan pagi – peserta melapor diri

 

dscf1367

 Gambar 9: Postmortem dalam kalangan para penggubal

 

Lawatan Akademik dan Seminar 35 Tahun Hubungan Malaysia-China di Beijing Foriegn Studies University, Beijing, China

dscf20431

Gambar 1: Sebahagian ahli rombongan Desasiswa Restu bergambar di Hotel

 

MASUKAN MAKLUMAT: DALAM PROGRES 

gambar-dibeijing

Gambar 2: Bersama teman, Dr. Norhayati Abd. Rahman dari Universiti Malaya bergambar di atas Tembok Besar Negera China.

 

dscf20361

 Gambar 3: Majlis penyampaian sijil kepada para pelajar pada hari akhir lawatan

 

 

 

dscf20311

  Gambar 4: Pengurusan Restu dan pelajar dalam majlis penyampaian sijil

 

dscf20501

  Gambar 5: Basikal berkuasa elektrik

 

dscf20521

  Gambar 6: Basikal – alat pengangkutan penting di Kota Beijing

 dscf1993

  Gambar 7: Masjid Stele – lambang penyebaran Islam di Beijing pada tahun 1613.

 

dscf1992

   Gambar 8: Keindahan panorama di kawasan luar Masjid Stele

 

dscf1811

  Gambar 9: Gambar Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia yang dipaparkan di Kilang Kain Sutera

 

 

dscf1458

  Gambar 10: Gambaran luar bangunan Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University yang ditaja oleh Run Run Shaw

 

 

dscf1473

  Gambar 11: Pengurusan Restu menghadiahkan cenderamata dari USM kepada Prof. Wu

 

 

dscf1491

  Gambar 12: Mempengerusikan pembentangan kertas kerja

 

 

dscf1506

  Gambar 13: Pembentang-pembentang kertas kerja – 4 dari USM, iaitu Dr. Tarmiji Masron, Dr. Kipli Abdul Rahman dan Encik Shahrul Lim.

 

 

dscf1858

  Gambar 14: Pokok whipping willow dan pagoda seperti yang digambarkan oleh  Ren Shaozeng dalam novelnya Dewi Putih.

 

dscf1865

  Gambar 15: Gambaran Perahu Naga yang dinaiki oleh Dewi Putih dengan Xu Xian

 

 

dscf2103

Gambar 16: Lembayung senja yang mengagumkan ketika penerbangan pulang dari Beijing ke Kota Bangkok

 

 

Gunakan tandas dengan betul

bahaya-di-toilet

Sekadar Menyapa…

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Di blog ini ada saya titipkan beberapa lagu di ruangan HALWA TELINGA – PEMBAKAR SEMANGAT, PENENANG JIWA agar sesiapa yang singgah dapat berehat sebentar mendengar lagu-lagu yang sebenarnya jika dihayati liriknya sangat mendalam, membantu MEMBAKAR SEMANGAT dalam mengisi kekosongan hidup. Ada juga liriknya berunsur jenaka, kerana itulah saya katakan sebagai PENENANG JIWA… Selamat mendengar..

HALWA TELINGA – PEMBAKAR SEMANGAT, PENENANG JIWA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terima kasih  kerana berkunjung ke blog ini. Membaca blog terasa sunyi sepi jika tiada sebarang muzik latar yang mengiringi bacaan. Jadi saya titipkan beberapa buah lagu yang  indah iramanya untuk didengar, juga untuk dihayati larik-larik diksinya yang bagus dan bererti.  Iramanya mungkin tidak  mengikut rentak muzik kegemaran remaja atau muda-mudi zaman ini. Akan  tetapi jika diteliti, diksinya membawa erti yang sangat mendalam dan boleh menjadi PEMBAKAR SEMANGAT dalam  kehidupan. Ada juga lagu yang berunsur jenaka, yang boleh MENENANGKAN JIWA tatkala terlalu penat bekerja atau menelaah pelajaran.  Untuk  para pelajar, saya titipkan lagu yang hangat disiarkan di corong  radio sekarang,  iaitu BAWAKU TERBANG. Lain-lain, klik sahajalah pada lagu-lagu pilihan anda:

 14-standing-in-the-eyes-of-the-world  gemuruh___faizal_tahir2  hijjaz-malam  in-team-solla-alaikallah  jac-wajah  raihan-itiqaf  raihan-sesungguhnya  sudirman-patah-hati  sudirman-salam-terakhir  the-fabulous-cats-bawa-ku-terbang  kisah-rumah-tangga  01-rama-rama  adibah_noor_-_terlalu_istimewa  aishah-syurga-di-telapak-kaki-ibu  arisariwatan-permaidani  ramli_sarip-doa_buat_kekasih  sri-bulan